Advertisement

UniSZA@HUFFAZ LEADERSHIP CAMP 2026

LEADING THE UMMAH WITH QUR’ANIC LIGHT

Empat orang wakil pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA) telah berjaya menyertai Huffaz Leadership Camp 2026: Leading the Ummah with Qur’anic Light yang berlangsung pada 21 hingga 24 September 2026 di Masjid Putra, Putrajaya.

Program anjuran IIUM Huffaz Leadership Programme (HLP) dengan kerjasama Masjid Asy-Syakirin KLCC ini telah menghimpunkan 130 orang peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia serta negara serantau termasuk Thailand, Singapura, Brunei, dan Indonesia.

Dengan tema Rabbani Leadership, program ini bertujuan memperkasakan kepimpinan belia berteraskan nilai Al-Quran, amanah, dan integriti.

Tahniah diucapkan kepada wakil pelajar UniSZA:

1. Nur Samihah binti Mohd Rahim

2. Wan Ahmad Ikram Hafiy bin Wan Mohd Haidi

3. Muhammad Mirzamuqri Wafiuddin bin Zulkaria

4. Amna Nafisah binti Zailani

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat memberi manfaat serta sumbangan positif kepada masyarakat dan ummah.

Total Views: 2