Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal menganjurkan Sukan PUSPA & Alumni (SUPA) 2026, sebuah program yang menghimpunkan pelajar dan alumni PUSPA melalui aktiviti kesukanan bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh semangat kekeluargaan dalam kalangan warga PUSPA.
Program ini akan berlangsung dalam dua fasa:

Fasa 1: 2–3 Oktober 2026

Fasa 2: 30–31 Oktober 2026

Kompleks Sukan UniSZA
Antara acara yang akan dipertandingkan ialah bola jaring, futsal, badminton, bola tampar, olahraga, catur, PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).
Penganjuran SUPA 2026 diharapkan dapat menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pelajar dan alumni, di samping menyemarakkan semangat kesukanan, persahabatan dan kebersamaan dalam keluarga besar PUSPA.
Seluruh warga PUSPA dan alumni dijemput untuk bersama-sama memeriahkan SUPA 2026.
“Satu Semangat, Satu Keluarga, Selamanya PUSPA”
PERSAINGAN • PERSAHABATAN • KEKELUARGAAN












