Advertisement

๐”๐ง๐ข๐’๐™๐€ยฎ MEMAHAT SEJARAH CAP DAGANGAN

KUALA NERUS, 30 September 2026 โ€“ Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini menerima sijil pendaftaran Cap Dagangan (Trademark) logo UniSZAยฎ dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Pejabat Naib Canselor UniSZA.

Sijil pendaftaran tersebut diserahkan oleh Encik Md Azezi bin Husain @ Abdullah, Pengarah Urusan Accutry Sdn. Bhd. (Sifutrademark) kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA.

Turut hadir bersama ialah Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi); Encik Muzafar bin Mohd Din, Pendaftar UniSZA; Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman, Pengarah PPIR, Prof. Ts. Dr. Fatma Susilawati binti Mohamad, Pengarah CREIM; serta Ts. Dr. Shahrul Anuwar bin Mohamed Yusof, Timbalan Pengarah CCORM.

Pendaftaran Cap Dagangan ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh identiti korporat serta melindungi jenama UniSZAยฎ.

Pendaftaran baharu ini merangkumi tujuh kelas, iaitu Kelas 9, 16, 25, 35, 41, 42 dan 44. Skop perlindungan ini meliputi pelbagai bidang termasuk pendidikan, teknologi, penerbitan, barangan berjenama (merchandise), perniagaan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta perkhidmatan berkaitan penjagaan kesihatan.

Pendaftaran ini memperkukuh kedudukan UniSZAยฎ sebagai jenama yang berdaftar dan dilindungi, di samping menjadi satu langkah strategik dalam memastikan identiti, reputasi dan aset intelektual Universiti terus terpelihara.

Total Views: 2