Oleh: Seksyen Kebudayaan dan Kesenian, Pusat Khidmat Pelajar
KOTA SAMARAHAN, 24 Mei – Badan Budaya Universiti Malaysia Sarawak (BAYU UNIMAS) mencatat pencapaian membanggakan dalam Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (FESTKUM) 2026 yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, dari 21 hingga 24 Mei 2026.
Kontinjen UNIMAS menyertai tujuh kategori pertandingan seni budaya yang menghimpunkan wakil universiti awam dari seluruh negara. Penyertaan tersebut menjadi platform untuk mahasiswa menampilkan bakat, mengasah kemahiran persembahan dan mengangkat kepelbagaian seni budaya UNIMAS di peringkat kebangsaan.

UNIMAS memperoleh tempat keempat bagi kategori Tarian Rampaian Tradisional Melayu dan Tarian Kreatif Malaysia Solo. Kategori Instrumental Muzik Solo (Sape) pula meraih tempat kelima.
Empat lagi penyertaan menempatkan UNIMAS dalam kelompok 10 universiti terbaik, iaitu Penulisan Khat, Nyanyian Lagu Irama Malaysia (Solo), Teater Monolog Solo dan Deklamasi Puisi Solo. Pencapaian dalam kesemua tujuh kategori mencerminkan disiplin, kreativiti dan komitmen tinggi mahasiswa serta pasukan pengiring BAYU UNIMAS.












