Advertisement

UUM Di International Young Future Leaders Summit (iFUTURE 2026) – MySiswaNow

KUALA LUMPUR – International Young Future Leaders Summit (iFUTURE 2026) telah melabuhkan tirai kelmarin, namun semangat kepimpinan, jalinan persahabatan dan inspirasi yang tercipta pastinya terus mekar dalam sanubari setiap peserta. Universiti Utara Malaysia (UUM) turut menjadi sebahagian daripada himpunan berprestij ini, yang menyatukan mahasiswa tempatan dan antarabangsa dalam menyemai aspirasi serta mencorak masa hadapan kepimpinan generasi muda.

Delegasi UUM terdiri daripada 40 orang mahasiswa, melibatkan 25 mahasiswa tempatan dan 15 mahasiswa antarabangsa, bersama Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta pegawai SELECT HEP UUM.

Menerusi pelbagai aktiviti kepimpinan, perkongsian ilmu dan interaksi silang budaya, para mahasiswa berpeluang meluaskan perspektif, membina jaringan serta menyemai nilai kepimpinan bagi mendepani cabaran dunia yang semakin dinamik.

Lebih membanggakan, UUM telah disebut oleh YB Menteri sebagai Penganjur iFUTURE 2027, sekali gus membuka lembaran baharu dalam usaha pemerkasaan mahasiswa di peringkat nasional dan antarabangsa.

Kepercayaan ini bukan sekadar sebuah penghormatan, tetapi juga amanah untuk menyatukan aspirasi, mencetus inspirasi dan melahirkan generasi pemimpin masa hadapan.

Kerana setiap pemimpin bermula dengan sebuah peluang, setiap anjakan bermula dengan sebuah keberanian, dan setiap masa hadapan dibina oleh generasi yang berani melangkah ke hadapan.

UUM — Ilmu, Budi, Bakti.

Total Views: 9