SINTOK – Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) kini boleh menaiki bas elektrik (EV) baharu untuk bas kitaran kampus sebagai mobiliti harian lebih selamat, selesa dan mesra alam.
Inisiatif tersebut menandakan komitmen proaktif UUM dalam menyokong pembangunan teknologi hijau serta pengurangan pelepasan karbon, selaras aspirasi kelestarian negara dan agenda peralihan tenaga nasional.
Ia juga sebahagian usaha UUM ke arah merealisasikan sasaran kampus rendah karbon menjelang 2030, sekali gua memenuhi ESG (persekitaran, sosial dan governan).

Pelancaran itu disempurnakan Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, petang tadi, di UUM Sintok.
Bas EV itu turut dilengkapi ciri mesra orang kurang upaya (OKU) seperti ruang khas kerusi roda, akses masuk rendah (*low-floor*) serta pelbagai ciri keselamatan tambahan bagi memastikan perjalanan lebih mudah, selesa dan inklusif.
Dr. Ahmad Martadha berkata, penggunaan bas EV mampu menawarkan perjalanan lebih senyap dan mesra pengguna, di samping berpotensi mengurangkan kesesakan trafik dalam kampus serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam lebih efisien dan mampan.


“UUM komited tmemperluaskan penggunaan mobiliti hijau pada masa depan, termasuk penambahan lebih banyak kenderaan elektrik dan pembangunan infrastruktur pengecasan di seluruh kampus bagi menyokong ekosistem mobiliti mampan,” katanya.
Sebuah bas elektrik berpendingin hawa berharha RM1.2 juta, boleh dinaiki maksimum yang dibenarkan seramai 75 orang sekali pergerakan.
Dr. Ahmad Martadha turut bersama-sama kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) turut dibawa mengelilingi kampus dengan bas EV berkenaan.












