Oleh: Pusat Pembangunan Pelajar UTHM
BATU PAHAT, 23 Mei 2026 – Hotel Pelican menjadi saksi malam gilang-gemilang Majlis Anugerah Inspirasi Mahasiswa (AIM) 2024/2025 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Program impak tinggi ini telah dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Pelajar (PBP) dengan kerjasama erat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Majlis penuh prestij ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Md Jais Haji Md Sarday**, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU).

Turut hadir memberikan sokongan padu kepada para finalis YBhg. Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi Mohd Ali, Naib Canselor UTHM, YBhg. Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Ts. Dr. Khalid Isa, Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar serta pegawai pegawai kanan universiti.

Malam ini juga mencerminkan sinergi mantap antara staf dan pelajar melalui gandingan Prof. Madya Ts. Dr. Suliadi Firdaus Sufahani (Pengarah Program Staf) dan Saudara Mahathir Mohd Akhar (Pengarah Program Pelajar).
Edisi kali ini menyaksikan impak luar biasa dengan penerimaan 307 pencalonan bagi pelbagai kategori serta 717 undian pelajar bagi kategori Staf HEPA. Angka signifikan ini menjadi petanda positif komitmen UTHM dalam melahirkan mahasiswa yang holistik!
Antara Penerima Anugerah Utama AIM 2024/2025 adalah
Anugerah Tokoh Siswa UTHM: Saudara Mohamad Faeez Bin Mohd Denan

Anugerah Khas Lembaga Pengarah Universiti (Datuk Haji Md Jais Haji Md Sarday) – Kategori Sulung: Saudari Durratul Nur Iffah binti Yazit
Anugerah Kelab, Persatuan, dan Sekretariat Terbaik:Sekretariat Rukun Negara (Mengulangi kejayaan sesi 2022/2023!)
Anugerah Program Terbaik Keseluruhan: Kelab Warisan (menerusi penganjuran International Music Festival)
Para pemenang AIM kali ini bakal menggalas cabaran membawa nama universiti untuk bertanding di Anugerah Tokoh Siswa Negara 2026yang dijadualkan berlangsung pada bulan September nanti.
Seluruh warga UTHM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua pemenang! Syabas atas semangat, keberanian, dan kreativiti yang dipamerkan dalam memartabatkan agenda kepimpinan mahasiswa!
Sumber: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Facebook https://www.facebook.com/share/1EkG9d8Zn1/












