
Kuala Nerus, 15 September 2026 – Bersempena Sambutan Semarak Bulan Kebangsaan UniSZA 2026 dan Hari Malaysia, UniSZA menganjurkan RIDE Kembara Merdeka 2026: Jelajah Patriotik UniSZA–UMK.
Pelepasan konvoi disempurnakan pada jam 9.00 pagi di Dewan Perdana UniSZA oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff, mewakili Naib Canselor UniSZA, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam.
Turut menyertai konvoi ialah Pendaftar UniSZA, YBrs. Encik Muzafar bin Mohd Din dan Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), Dr. Akila bin Mamat, bersama warga UniSZA.
Setibanya di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), delegasi UniSZA disambut oleh YBrs. Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UMK, bersama YBrs. Encik Hairuladzhar bin Mohd Hamdi yang menjalankan fungsi Ketua Pustakawan, serta warga UMK.

Konvoi kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kampus Besut UniSZA bagi menyertai program CSR Kampus Besut.
Program ini menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara, di samping mengeratkan ukhuwah serta hubungan antara UniSZA dan UMK.
















