Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi peringkat Pascasiswazah (PG), Sarjana Muda (UG), dan Asasi kini berpeluang menikmati akses AI NotebookLM Enterprise secara percuma menerusi inisiatif terbaharu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Inisiatif ini bertujuan menyokong pembelajaran berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu tugasan dan penyelidikan akademik pelajar.

Info Penting & Syarat Kelayakan
- Sasaran: Semua pelajar aktif UUM (PG, UG & Asasi).
- Tempoh Pendaftaran: 12 – 31 Ogos 2026
- Kuota: Terhad kepada 8,000 akaun sahaja (siapa cepat, dia dapat).
Langkah Pendaftaran:
- Layari portal SISWA.ai.
- Akses terus ke notebooklm.siswa.ai.
- Log masuk menggunakan akaun University Google Workspace anda.
- Syarat Kekal Aktif: Gunakan sekurang-kurangnya 4 prompt sebulan untuk mengelakkan akaun dinyahaktifkan.
Pertanyaan & Bantuan Teknikal:
Jika terdapat sebarang masalah log masuk, sila hubungi e-mel rasmi di workspace@uum.edu.my.












