Advertisement

20 TAHUN UPNM: MEMORI SEPANJANG DEKAD

oleh Hazimah Aziz

UPNM, 18 Mei 2026 – “Ingat lagi 19 Mei 2009? Masa tangan kanan diangkat, jantung berdegup kencang, suara pula separuh gementar?”

Di saat lafaz sumpah itu bergema, jujur cakap, ramai antara kita yang belum tahu sejauh mana penat lelah dan pengorbanan yang bakal ditempuh. Tetapi di sinilah titik mulanya sebuah amanah berat demi agama, bangsa dan meletakkan kedaulatan negara jauh lebih besar daripada diri sendiri.

Menatap gambar lama ini, sedar tak sedar 20 tahun telah berlalu. Budak-budak kadet yang dulunya kurus dan berjemur tengah panas, hari ini telah matang memimpin. Ramai yang telah membawa nama UPNM dan Malaysia ke pelbagai medan sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Yang tinggal hari ini bukan sekadar sekeping gambar usang, tetapi sebuah memori mahal yang telah mengubah 1001 jalan kehidupan kita.