Advertisement

๐—žempen Keselamatan Jalan Raya 2026 Manfaatkan 900 Orang Pelajar UMPSA

Oleh : Mohamad Nasrul Naim Bin Romainu

Gambang, 21 Mei โ€“ Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui kerjasama strategik bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Majlis Perwakilan Pelajar UMPSA telah menganjurkan Program Kempen Keselamatan Jalan Raya UMPSA 2026 bertempat di Bilik Conference Icon, PJIM, UMPSA Gambang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Razali Bin Daud, Penolong Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah. Turut hadir Tuan Ahmad Sallehuddin Bin Mat Nasir, Timbalan Pengarah JPJ serta Encik Lai Kah Seng, Ketua Keselamatan Jalan Raya dan Korporat JPJ Kuantan

Pengarah Program, Saudara Muhammad Faris bin Hasbullah yang juga Eksekutif Aduan & Kebajikan Pekan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) memaklumkan bahawa program kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran warga universiti khususnya pelajar mengenai kepentingan keselamatan jalan raya.

Di samping itu, program ini diharapkan dapat memupuk budaya pemanduan dan penunggangan yang lebih berhemah dalam kalangan pelajar, mengambil kira persediaan mereka untuk pulang sempena Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan.

Menerusi program ini, seramai 900 orang pelajar UMPSA akan menerima bantuan baucar petrol berjumlah RM10 seorang. Selain itu, peserta yang hadir pada hari ini turut menerima Kit Makanan Retort sebagai inisiatif dalam memastikan kebajikan pelajar terus terpelihara.

Semoga penganjuran kempen ini dapat melahirkan warga kampus yang lebih bertanggungjawab dan menjadi ejen perubahan dalam membudayakan keselamatan jalan raya demi kesejahteraan bersama.

Kredit Foto : Muhammad Danial Hariz bin Mohd Firdaus