17 September 2026 | Khamis
YBrs. En. Mohd Sayuti Yahya, Pengarah Pusat Islam UniSZA, bersama wakil Jawatankuasa Masjid UniSZA, YBrs. Prof. Madya Dr. Jamalluddin Hashim, telah mengadakan perbincangan bersama YBrs. Puan Hajah Maznizan Mamat Pengarah Tabung Haji Terengganu dan YBrs. Tuan Haji Mohd Yusalmie Shafie, Ketua Pentadbiran & Haji Negeri Terengganu.

Perbincangan ini memberi fokus kepada perancangan dan pelaksanaan beberapa program kerjasama yang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2026 dan 2027, khususnya dalam memperkukuh pengimarahan masjid, pembangunan komuniti serta manfaat kepada warga UniSZA dan masyarakat.
Semoga segala perancangan dan usaha yang dirangka ini dipermudahkan serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan dapat dilaksanakan dengan lancar demi memberikan manfaat yang lebih luas kepada ummah.
Doakan semoga segala perancangan ini dipermudahkan dan direalisasikan dengan jayanya.














