Sekitar Majlis Perasmian Penutup Minggu Mesra Siswa Sesi 2026/2027 yang disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA yang disertai oleh barisan pengurusan tertinggi, ketua-ketua jabatan dan para pegawai universiti pada 17 September 2026 bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA Kampus Gong Badak.
Majlis berlangsung dengan sangat meriah apabila para mahasiswa baharu ini membuat sorakan ‘Demi UniSZA’ dan teruja untuk mendekati Naib Canselor yang membuat kunjungan mesra di seluruh pelosok dewan.
Selamat Datang ke UniSZA, nikmati budaya pembentukan Future Caliph di bumi Abidin ini.
Demi UniSZA!













