PUTRAJAYA, 24 Ogos 2026 – Misi UTHM RE:CONNECT 2026: Merdeka Ride – MTUN Alumni Circuit terus mendapat sokongan apabila konvoi berkenaan diraikan dalam satu sesi flag-off di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebelum meneruskan perjalanan menjelajah Semenanjung Malaysia.
Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir hadir menyantuni semua peserta yang diketuai oleh Naib Canselor UTHM, Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi Mohd Ali dalam satu sesi ringkas yang berlangsung di perkarangan lobi KPT.
Manakala sesi flag-off pula disempurnakan oleh Ketua Setiausaha (KSU) KPT, Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim bersama Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman, sebagai simbolik sokongan KPT terhadap usaha UTHM memperkukuh hubungan alumni, jaringan strategik antara universiti serta semangat kebersamaan sempena Bulan Kebangsaan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Governan dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi, Ts. Dr. Noraisah Spahat, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq, serta barisan pengurusan tertinggi UTHM.
Konvoi yang membawa tema “Menjejak Alumni, Menghubungkan Legasi” menghimpunkan 33 alumni rider, simbolik kepada 33 tahun perjalanan dan legasi UTHM. Program selama empat hari tiga malam dari 24 hingga 27 Ogos 2026 ini membawa misi universiti turun padang untuk menjejak, mendekati dan menghubungkan semula alumni di sepanjang laluan jelajah.
Lebih daripada sebuah konvoi bermotosikal, UTHM RE:CONNECT 2026 menjadi platform untuk memperkukuh jaringan UTHM bersama alumni dan institusi pendidikan tinggi, khususnya dalam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), selain meneroka potensi kerjasama dalam pembangunan kerjaya, latihan industri, perkongsian kepakaran dan jaringan industri.
Sepanjang jelajah, sesi Alumni Meet & Greet turut dilaksanakan dengan sasaran menghubungkan semula dengan alumni UTHM, di samping mengenal pasti alumni berpotensi untuk digerakkan sebagai mentor, pakar rujuk, panel industri dan rakan strategik universiti.
Selepas sesi flag-off di KPT, konvoi meneruskan perjalanan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebelum meneruskan jelajah ke beberapa universiti lain dalam misi membawa UTHM lebih dekat dengan komuniti alumninya di seluruh negara.

Bersempena Bulan Kebangsaan, perjalanan ini turut membawa mesej patriotisme, perpaduan, kesukarelawanan dan kebersamaan, selari dengan aspirasi UTHM untuk membina jaringan alumni yang terus
Berita ini juga dipaparkan di https://www.facebook.com/share/1LAGrLiZQn/












